Sunday 16 February 2014

Solemnization | Khairul & Ayu

Khairul & Ayu
Batu Pahat
15 Februari 2014

Mohon support kami https://www.facebook.com/Awan.Pixel

© COPYRIGHT Awan.Pixel 2014 ALL RIGHTS RESERVED







Saturday 25 January 2014

Wedding Arif & Fiza

Wedding Day
Arif & Fiza
Segamat. Joho

Official Photog : Faisoul Bombom
Assist : Ridzwan Smn

*upload sikit sikit sudah :P





Monday 20 January 2014

Tutorial Light Leak

Okey hari ni aku nak ajar cara mudah macam mana nak buat light leak efek dalam gambar. Light leak ni ala ala macam lomo punye cam lah, ada cahaya terlebih masuk dalam gambar. Nampak cun lah kalau kene dengan gambar nye.


Apa yang diperlukan ?
1. Adobe Photoshop *lagi latest lagi bagus
2. download Light leaks sini --> download sini

Follow step by step  :

1. Bukak Photoshop anda

2. Pilih gambar apa apa yang nak ditambah light leak. Aku pilih gambar motor bapak aku ni


3. Open folder yang korang download tadi tu. Pilih lah mana mana jenis light leak yang korang berkenan

pilih jelah memana yang berkenan di hati itu

Copy layer ini untuk dipindahkan dekat layer motor legend tadi
 4. Lepas dah click Copy ( Ctrl + C ) dekat light leak tu. Next step adalah PASTE kan light leak tu dekat gambar motor  legend
PASTE ( Ctrl + V ) light leak tu

5. Okey lepas tu klik dekat fx bawah layer tu. Pastikan anda sekarang sedang pakai layer 1 ( layer light leak ). Klik fx lepastu ikut je gambar bawah ni 

Klik fx tu. Then klik Blending Options

Nampak Blending Mode tu ?

Kasi tukar jadi SCREEN

Haa tu dah nampak dah harapan

6. Bersuka ria. Korang boleh la memain kan size light leak tu ikut suke hati korang le

7. Save sebagai JPEG dan post Facebook. Boleh dapat banyak like ni


Contoh lain Light Leak aku sempat buat. Busy Dota sekarang ni. Sebarang pertanyaan or wat so ever boleh lahh tweet yer. Facebook semua. Dunia di hujung jari anda








Friday 17 January 2014

Le Me Gear

Okey hari ni aku nak bebual pasal gear fotografi aku. Sebab semalam dah menang Dota 3 game streak, aku rasa rajin nak taip hari ni. Pengetahuan kepada anda semua, gear ini adalah gear aku yang sekarang, banyak dah jual dah. hidup sebagai seorang student bukan mudah :(

SONY DSLR A580

DSLR aku paling berjasa. Banyak event aku snap pakai kemere ni tak kira la wedding ke event UMT ke ape ke. Level setaraf dengan Nikon D7000 dan Canon 60D. Kualiti gambar yang best + video FULL HD 1080p. Nampak buruk gila kan ? Haaa kemere ni aku banyak pergi berperang memang la jadi buruk camtu. Walaupun aku sering dicemuh kenapa aku pakai DSLR Sony, tapi aku tetap stik dengan kemere ni. Brand itu hanya satu nama, skill tu yang main peranan.


TAMRON 17-50 f2.8

Nama saintifik beliau dalam Tamron 17-50 f2.8 XR Di II LD. Aku pun tak tau sangat kenapa nama panjang sangat. Canggih sangat teknologi lens sekarang ni. Lens yang sangat versetile. Kenapa ? sebab jarak 17-50mm tu dah boleh cover memacam dari landscape pergi potrait and what so ever. Lagi satu, lens ni ada aperture tetap f2.8 , memang seronok kalau nak snap dalam lowlight + bokeh potrait. Harga ? dulu aku beli used harga Rm850. Tapi berbaloi baloi :)

SONY 50MM f.14

Peberet lens aku dalam low-light + bokeh tak hingat dunia. Selalu nyer aku pakai lens ni je nak shoot memane, lens ni special sikit sebab tak boleh nak zoom, so kene la jalan ke depan ke belakang kalau nak zoom. Gambar yg sangat sharp pada f2. Kecik + ringan + tak mahal sangat. Tapi kalau korang nak landscape payah sikit lah pakai lens ni sebab jarak 50mm tu yang tak berapa nak wide. Sangat sesuai untuk potrait. Stay tuned for more sample output from this awesome lens

SONY NEX 5 + 16MM f2.8

Aku ini seorang yang pemalas. Aku malas bawak kemere besar besar semata-mata nak shoot gambar member makan beger bakar, so this is the solution lah. Kemere saiz kompak dan berkualiti gambar setaraf DSLR. Beza berat adalah dalam 1kilogram dari A580 tu. Aku sekarang pakai ni je kalau ada photoshoot ke memane ke tapi kalau ada event macam wedding aku pakai A580 tu. Sebab ? A580 lagi senang nak setting lepas tu boleh pasang flash yang besar gedabak tu + lens banyak sikit + boleh bergaya di depan gadis gadis dengan kemere besar :) . Entry lepas ni aku cerita lebih pasal Nex system pulak 

OLYMPUS ZUIKO 50MM f1.8 

Haaa jangan terkejut kenapa lens Olympus tetibe masuk dalam entry ni. Ni lah lens peberet untuk Nex 5 aku. Lens ni dibuat pada tahun 80an camtu. Memang legend habis. Kenapa boleh pasang dekat Nex 5 ? Sebab lens ni dah dipasang adapter yang boleh convert mount Olympus pergi ke mount Nex. All fully manual lens ni, penukaran aperture dan focusing semua nya FULLY MANUAL. Bunyi macam leceh gila kan nak manual focus bagai ni ? Yes memang leceh pun, tapi Nex system memang dah ready problem ni, So diowg buat peaking level dalam Nex untuk membantu focusing ni. Stay tune for more info :)

Thursday 16 January 2014

Wedding Azhar & Azian

Bertempat di Dungun. Masa ni aku shoot dengan member aku, aku tolong tembak tembak tepi je. Dari Kuala Terengganu naik kete pergi Dungun ni amek masa dalam 1 jam setengah. So pepagi aku dah go dah. Sampai sane ngam ngam diowg baru sampai mesjid. Aku pun dengan gigil nyer setting lens Tokina 80-200 f2.8 ( dah jual ) pasang dengan monopod terus sniperr. Ohh mohon kritikan membina :)

Monday 13 January 2014

Apa yang best tentang kamera iPhone 4S

Sebab semalam dah study sampai 3 pagi so hari ni aku rajin sikit. Okey sebelum ini aku pakai smartphone Sony Xperia Go. Sedap pakai & waterproof tapi kamera kurang umpph. Sebab aku ni jenis yang suke amek gambar on the go. So malas nak bawak kemere DSLR besar besar, jadi aku pun terpikir nak angkat iphone 4s *nak yang latest memang tak mampu la. Member aku pun ade nak jual 4s, so aku terus beli and Xperia Go aku tu jual dekat akak aku.

Ape yang best tentang kamera iPhone 4s ?
iPhone memang femes tentang kualiti gambar yang cun. Kamera disokong dengan aperture sebesar f2.4, saiz sensor 1/3.2, autofocus yang laju dan 8 megapixel. Gambar kualiti memang best lah bergantung pada cara penggunaan jugak. Kalau kemere power tapi skill snap tu takde memang susah jugak. Grid line boleh dipakai, so korang senang la nak setting horizontal semua.

Ape yang tak best tentang kamera iPhone 4s ?
1-Megapixel tak boleh diubah.
   Memang sakit lah nak snap memanjang pakai 8Megapixel. Lagi lagi yang saiz memory tak besar macam 16gb. Satu gambar boleh cecah 2mb

2-White Balance tidak boleh diubah
   White Balance adalah ungkapan dalam fotografi dimana kamera mengira suhu colour dalam sesuatu gambar. Itu yang kekadang kalau korang snap gambar tempat colour kuning, tengok output colour biru, itu   ada masalah lah dalam kamera korang tu.



* Bawah ini adalah sample gambar aku snap, diedit pakai Vscocam :)






EXAM MODE


Sempena last paper 15hb ni. Aku akan berhibernasi sekejap. Mohon last paper ini easy game. Bismillah

Sunday 12 January 2014

Job wedding pertama

Okey ni first time aku shoot wedding. lokasi Kuala Terengganu. Memang takde experience langsungg. Nasib baik jadi assist photog je. Takpe belajar slow slow 





Saturday 11 January 2014

Berjimba part 2

Okey yang ni part 2. Buat masa ini aku sedang menulis pakai hanpon je ni sebab gambar banyak dalam hanpon. mih mih * dunia makin maju. Semua gambar disnap menggunakan Apple Iphone 4s diedit menggunakan Vscocam. Boleh didownload percuma di Apps Store :)



Tiket Rm5 untuk dewasa. Rm3 untuk kanak2. Not bad lah

besar hooooooooooooooiii !

Haaa dalam tu memang gigil kaki aku berjalan

Ini rare. Duit sekeping Rm1000. Korang hado?

Cara membuat pinggan zaman datuk nenek duluuuu

Keris Sultan Terengganu yang ke berapa tah. Memang WIN !

Berjimba !

Sempena 15hb ni dah last paper untuk final. So aku and the geng plan nak keluar jalan-jalan. Aku cuma follow jelah. So last last pergi Muzium Kuala Terengganu yang besar gilaaaaa tu. Gambar snap menggunakan Sony Nex 5 | Olympus Zuiko 50mm f1.8

Herry Lim Suka. Driver of the Year
Memang jarang muka aku masuk frame
Macam biasa muka aku takde
Burung Kenyalang di Bumi Terengganu

 Ingat kan petang tu nak pergi try shoot dekat Seberang Takir. Ada port seronok banyak bunge-bunge gitu tapi hujan lebat pulak. Okey takpe. Stay tuned next outing