Monday 13 January 2014

Apa yang best tentang kamera iPhone 4S

Sebab semalam dah study sampai 3 pagi so hari ni aku rajin sikit. Okey sebelum ini aku pakai smartphone Sony Xperia Go. Sedap pakai & waterproof tapi kamera kurang umpph. Sebab aku ni jenis yang suke amek gambar on the go. So malas nak bawak kemere DSLR besar besar, jadi aku pun terpikir nak angkat iphone 4s *nak yang latest memang tak mampu la. Member aku pun ade nak jual 4s, so aku terus beli and Xperia Go aku tu jual dekat akak aku.

Ape yang best tentang kamera iPhone 4s ?
iPhone memang femes tentang kualiti gambar yang cun. Kamera disokong dengan aperture sebesar f2.4, saiz sensor 1/3.2, autofocus yang laju dan 8 megapixel. Gambar kualiti memang best lah bergantung pada cara penggunaan jugak. Kalau kemere power tapi skill snap tu takde memang susah jugak. Grid line boleh dipakai, so korang senang la nak setting horizontal semua.

Ape yang tak best tentang kamera iPhone 4s ?
1-Megapixel tak boleh diubah.
   Memang sakit lah nak snap memanjang pakai 8Megapixel. Lagi lagi yang saiz memory tak besar macam 16gb. Satu gambar boleh cecah 2mb

2-White Balance tidak boleh diubah
   White Balance adalah ungkapan dalam fotografi dimana kamera mengira suhu colour dalam sesuatu gambar. Itu yang kekadang kalau korang snap gambar tempat colour kuning, tengok output colour biru, itu   ada masalah lah dalam kamera korang tu.



* Bawah ini adalah sample gambar aku snap, diedit pakai Vscocam :)






No comments:

Post a Comment