Friday 17 January 2014

Le Me Gear

Okey hari ni aku nak bebual pasal gear fotografi aku. Sebab semalam dah menang Dota 3 game streak, aku rasa rajin nak taip hari ni. Pengetahuan kepada anda semua, gear ini adalah gear aku yang sekarang, banyak dah jual dah. hidup sebagai seorang student bukan mudah :(

SONY DSLR A580

DSLR aku paling berjasa. Banyak event aku snap pakai kemere ni tak kira la wedding ke event UMT ke ape ke. Level setaraf dengan Nikon D7000 dan Canon 60D. Kualiti gambar yang best + video FULL HD 1080p. Nampak buruk gila kan ? Haaa kemere ni aku banyak pergi berperang memang la jadi buruk camtu. Walaupun aku sering dicemuh kenapa aku pakai DSLR Sony, tapi aku tetap stik dengan kemere ni. Brand itu hanya satu nama, skill tu yang main peranan.


TAMRON 17-50 f2.8

Nama saintifik beliau dalam Tamron 17-50 f2.8 XR Di II LD. Aku pun tak tau sangat kenapa nama panjang sangat. Canggih sangat teknologi lens sekarang ni. Lens yang sangat versetile. Kenapa ? sebab jarak 17-50mm tu dah boleh cover memacam dari landscape pergi potrait and what so ever. Lagi satu, lens ni ada aperture tetap f2.8 , memang seronok kalau nak snap dalam lowlight + bokeh potrait. Harga ? dulu aku beli used harga Rm850. Tapi berbaloi baloi :)

SONY 50MM f.14

Peberet lens aku dalam low-light + bokeh tak hingat dunia. Selalu nyer aku pakai lens ni je nak shoot memane, lens ni special sikit sebab tak boleh nak zoom, so kene la jalan ke depan ke belakang kalau nak zoom. Gambar yg sangat sharp pada f2. Kecik + ringan + tak mahal sangat. Tapi kalau korang nak landscape payah sikit lah pakai lens ni sebab jarak 50mm tu yang tak berapa nak wide. Sangat sesuai untuk potrait. Stay tuned for more sample output from this awesome lens

SONY NEX 5 + 16MM f2.8

Aku ini seorang yang pemalas. Aku malas bawak kemere besar besar semata-mata nak shoot gambar member makan beger bakar, so this is the solution lah. Kemere saiz kompak dan berkualiti gambar setaraf DSLR. Beza berat adalah dalam 1kilogram dari A580 tu. Aku sekarang pakai ni je kalau ada photoshoot ke memane ke tapi kalau ada event macam wedding aku pakai A580 tu. Sebab ? A580 lagi senang nak setting lepas tu boleh pasang flash yang besar gedabak tu + lens banyak sikit + boleh bergaya di depan gadis gadis dengan kemere besar :) . Entry lepas ni aku cerita lebih pasal Nex system pulak 

OLYMPUS ZUIKO 50MM f1.8 

Haaa jangan terkejut kenapa lens Olympus tetibe masuk dalam entry ni. Ni lah lens peberet untuk Nex 5 aku. Lens ni dibuat pada tahun 80an camtu. Memang legend habis. Kenapa boleh pasang dekat Nex 5 ? Sebab lens ni dah dipasang adapter yang boleh convert mount Olympus pergi ke mount Nex. All fully manual lens ni, penukaran aperture dan focusing semua nya FULLY MANUAL. Bunyi macam leceh gila kan nak manual focus bagai ni ? Yes memang leceh pun, tapi Nex system memang dah ready problem ni, So diowg buat peaking level dalam Nex untuk membantu focusing ni. Stay tune for more info :)

1 comment: